jump to navigation

Tawaran Melanjutkan Pengajian Peringkat Diploma Anjuran FELDA 16 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , , ,
comments closed

Felda dengan kerjasama beberapa IPT menawarkan tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma kepada pemohon yang layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. (more…)

Advertisements

Permohonan Kemasukan ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) 15 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , , ,
comments closed

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengikuti latihan kemahiran di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan di 27 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang berikut: (more…)

Permohonan Kemasukan Ke Institut Kraf Negara (IKN) sesi 2010/2011 15 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , , , ,
comments closed

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya bagi mengikuti program Diploma dan Sijil Seni Kraf secara sepenuh masa bagi sesi 2011/2011. Status permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Pada tahun ini IKN akan mengadakan pengambilan pelajar bagi sesi Julai 2010/2011.

untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Permohonan Online Institut Kraf Negara.

Permohonan Kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas 13 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , , , , ,
comments closed

PERMOHONAN SECARA ONLINE UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN PETRONAS / KEMASUKAN KE UTP

Permohonan ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Untuk syarat-syarat kelayakan akademik, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian Untuk Lepasan SPM 2009. (more…)

Pengambilan Kadet Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2010 13 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , , ,
comments closed

Akademi Laut Malaysia (ALAM) telah membuka peluang untuk para pelajar lepasan SPM/SPVM yang berminat dengan kerjaya maritim untuk memohon untuk mengikuti Cadet Sponsorship Programme di akademi ini. (more…)

Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Sesi Julai 2010 12 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: , , ,
comments closed

Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Sesi Julai 2010 telah pun dibuka. Kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan secara dalam talian (online).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Sesi Julai 2010.

255 dapat A+ 12 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: ,
comments closed

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. (more…)

Seramai 7,987 Calon SPM 2009 Cemerlang 11 March 2010

Posted by admin in Akademik.
Tags: ,
comments closed

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) — Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. (more…)