jump to navigation

Pengenalan

PENDAHULUAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat Falsafah Pendididkan Negara dan menyahut cabaran wawasan 2020. Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi.

InsyaAllah, ini boleh dicapai melalui perancangan program Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan perlaksanaan program yang berkesan.

MATLAMAT

Matlamat sebenar Unit Bimbingan Dan Kaunseling SSTMI adalah untuk menjadi tempat rujukan pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan perkhidmatan yang baik dari segi akademik, psikososial dan kemahiran mental, kerjaya, pendidikan pencegahan dan lain-lain.

Di samping itu juga Unit Bimbingan dan Kaunseling ini juga bertujuan untuk memperluaskan penyebaran maklumat ( out-reach ) kepada pelajar-pelajar agar perkhidmatannya dapat dimaksimumkan.

OBJEKTIF

1.  Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.

2.  Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar dari terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin , merokok, penggunaan dadah, peras ugut, dan tingkahlaku antisosial yang lain.

3.  Memberi perkhidmatan yang berbentuk pemulihan dengan bertujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya, dan sosial supaya mampu menghadapi dan menangani masalah.

4.  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

JANGKAMASA

Sepanjang tahun bermula dari januari hingga cuti akhir penggal persekolahan iaitu pada bulan November setiap tahun.

SASARAN

Semua pelajar daripada Tahun 5 sehingga Pra Universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

MODALITI / PROGRAM DAN KAUNSELING

1.  Membangunkan diri melalui peningkatan keyakinan diri

2.  Membentuk sikap positif serta  kesediaan untuk memikul tanggungjawab dan menghadapi cabaran sebagai pelajar

3.  Memberi kesedaran mengenai pentingnya pembangunan mental dan kerohanian

4.  Pemerhatian

  1. i.                  Pelajar akan diperhatikan dari segi perlakuan, sikap, cara berinteraksi, hubungan dengan guru dan rakan yang lain.
  2. ii.                  Pemerhatian juga dibuat ke atas perlakuan verbal dan non-verbal

5.  Temuduga

Semua pelajar yang menggunakan perkhidmatan UBK akan melaksanakan satu sesi temuduga untuk menentukan:

  1. i.                  Butir peribadi dan latarbelakang
  2. ii.                 Sejarah disiplin
  3. iii.                Maklumat lain yang berkaitan

6.  Ujian Psikologi / Inventori

7.  Kaunseling Individu

8.  Kaunseling Kelompok

9.  Program Khas

  1. i.                  Program Penyebaran Maklumat
  2. ii.                 Program Pencegahan
  3. iii.                Program Pemantapan
  4. iv.                Program Pemulihan
  5. v.                 Program Krisis
  6. vi.                Lawatan

KAWALAN DAN PENYELIAAN

Dikawalselia dan dibimbing oleh pihak pentadbir SSTMI, PPD Kota Tinggi, JPN Johor dan Bahagian Sukan, KPM.

PENILAIAN

Melalui soal selidik dan borang penilaian aktiviti dan maklum balas warga SSTMI

%d bloggers like this: