jump to navigation

Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 9 November 2011

Posted by admin in Akademik.
comments closed
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Sumber: Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Advertisements

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA Sesi Akademik 2012/2013 8 November 2011

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Kementerian Pelajaran Rancang Sediakan 7,508 Tempat Latih GSTT Mulai 2012 31 October 2011

Posted by admin in Umum.
comments closed

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Kementerian Pelajaran merancang untuk menyediakan 7,508 tempat bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk dilatih di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan SPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Jan tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata sehingga 18 Ogos tahun ini seramai 7,920 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan daripada jumlah itu seramai 1,143 orang sedang mengikuti kursus dalam cuti.
(more…)

MRSM Kota Putera Akan Laksana IGCSE Tahun Depan 27 October 2011

Posted by admin in Akademik.
comments closed

BESUT, 27 Okt (Bernama) — Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera akan menjadi MRSM Ulul Albab pertama di negara ini melaksanakan Program Cambridge ‘International General Certificate of Secondary Education’ (IGCSE) mulai tahun depan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh berkata sesuai dengan sasaran MARA supaya setiap pelajar lepasannya menguasai program berkenaan.
(more…)

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2011 26 October 2011

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Penawaran Program-Program Baharu Bagi Sesi Disember 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus-kursus berikut akan ditawarkan mulai sesi Disember 2011:

BIL NAMA PROGRAM POLITEKNIK
1. Diploma Lanjutan Akauntansi
(Advanced Diploma in Accountancy)
Politeknik Ungku Omar
2. Diploma Lanjutan Pengurusan Fasiliti
(Advanced Diploma in Facility Management)
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
3. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
(Diploma in Electrical and Electronic Engineering)
Politeknik Kota Bharu
4. Diploma Pengurusan Acara
(Diploma in Event Management)
Politeknik Merlimau Melaka

(more…)

Mata Pelajaran Asas Vokasional Diperkenalkan Tahun Depan, Kata Muhyiddin 25 October 2011

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah

SINGAPURA, 25 Okt (Bernama) — Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran asas vokasional kepada pelajar mulai tingkatan satu hingga tingkatan tiga dalam usaha mentransformasi sistem pembelajaran itu dengan mengambil Singapura sebagai model.

Ketika mengumumkan demikian, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sijil akan dikeluarkan selepas itu dan pelajar terbabit akan diberi peluang melanjutkan pelajaran (more…)

Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan MARA (IPMa) Sesi Januari 2012 30 September 2011

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF 2012 28 September 2011

Posted by admin in Akademik.
comments closed