jump to navigation

Pertukaran Alamat Laman Web UBKSSTMI 25 January 2012

Posted by admin in Umum.
comments closed

Laman web ini akan ditutup tidak lama lagi. Segala kandungan tidak akan dikemaskini lagi. Untuk menghubungi kami, sila layari laman web yang baru iaitu ubksstmi.blogspot.com. Terima kasih di atas sokongan anda kepada kami selama ini.

Kementerian Pelajaran Rancang Sediakan 7,508 Tempat Latih GSTT Mulai 2012 31 October 2011

Posted by admin in Umum.
comments closed

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Kementerian Pelajaran merancang untuk menyediakan 7,508 tempat bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk dilatih di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan SPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Jan tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata sehingga 18 Ogos tahun ini seramai 7,920 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan daripada jumlah itu seramai 1,143 orang sedang mengikuti kursus dalam cuti.
(more…)

Kebolehpasaran Graduan Politeknik Melebihi Tanda Aras Antarabangsa 19 July 2011

Posted by admin in Akademik, kerjaya, Umum.
comments closed

KULIM, 19 Julai (Bernama) — Kebolehpasaran graduan Politeknik di negara ini adalah tinggi iaitu melebihi tanda aras antarabangsa yang menetapkan 70 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sehubungan itu Politeknik akan terus diperkasakan dan ditransformasikan bagi memenuhi keperluan industri.
(more…)

Negara Perlu 3.3 Juta Pekerja Mahir Dalam Tempoh 10 Tahun 26 May 2011

Posted by admin in Umum.
comments closed

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta orang pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi memenuhi keperluan industri negara.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab berkata bagi menampung jumlah itu, kementerian menyasarkan sebanyak 160,000 atau 20 peratus penglibatan pelajar vokasional pada tahun 2015 dan 40 peratus pada tahun 2020.
(more…)

10,000 Guru Teknik Dan Vokasional Menjelang 2015 16 May 2011

Posted by admin in kerjaya, Umum.
comments closed

KUCHING, 16 Mei (Bernama) — Untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, Kementerian Pelajaran akan mengambil lebih 10,000 orang guru tersebut secara berperingkat-peringkat menjelang akhir 2015, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata guru vokasional dan kemahiran baru yang diikitiraf akan diambil dari pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal awam untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti. (more…)

Selamat Hari Guru 2011 16 May 2011

Posted by admin in Umum.
comments closed

Kajian Semula Menyeluruh Sistem Pendidikan Perlu 13 May 2011

Posted by admin in Umum.
comments closed

KUALA LUMPUR, Mei 13 (Bernama) — Perbahasan hangat mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didominasi pandangan ibu bapa yang mementingkan bahasa Inggeris dan pencinta bahasa Malaysia yang memperjuangkan kedaulatan bahasa kebangsaan.

Kedua-dua pihak menyampaikan hujah yang menarik dan adakalanya sukar diterima bagi mempertahankan pendirian masing-masing, tetapi nampaknya semangat nasionalisme dan pertimbangan politik mengatasi segala-galanya.

Jadi kedua-dua mata pelajaran akan kembali ke dalam Bahasa Malaysia bermula 2012. (more…)

Pembekuan Hanya Bagi Pembukaan Fakulti Perubatan Baru 8 May 2011

Posted by admin in Akademik, Umum.
comments closed

COPENHAGEN, 8 Mei (Bernama) — Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan keputusan melaksanakan moratorium atau pembekuan itu hanya dibuat terhadap pembukaan fakulti perubatan baru di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bukannya dalam soal pengambilan pelajar baru dalam bidang perubatan.

Moratorium itu akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2016.
(more…)