jump to navigation

Henti sambut Hari Valentine 10 February 2011

Posted by admin in Tazkirah, Umum.
comments closed

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.
Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. (more…)

Advertisements

Lailatul Qadar Malam Yang Dinanti Oleh Mukmin 2 September 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. (more…)

Hakikat Kemerdekaan Menurut Perspektif Islam 25 August 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

Kemerdekaan sebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang hanyalah untuk sesuatu yang dinamakan kemerdekaan. Tetapi hingga kini, masih ramai di kalangan bangsa yang masih belum kenal erti kemerdekaan. (more…)

Selamat Datang Ramadhan 10 August 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

Unit Bimbingan dan Kaunseling SSBP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua guru, jurulatih, kakitangan sokongan, atlet pelajar serta semua warga SSBP tercinta. Semoga peluang bertemu dengan Ramadhan kali ini dapat kita sama-sama manfaatkan dengan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mudah-mudahan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini, iman dan amalan kita dapat kita perbaiki dan diterima oleh-Nya. Amin.

Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan 10 August 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh berkat. Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadhan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya bagi golongan yang beriman mereka berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka pada bulan yang mulia ini. Berikut adalah beberapa amalan-amalan yang disyari’atkan bagi seluruh umat islam sempena Ramadhan al-Mubarak ini.
(more…)

Kelebihan Bulan Sya'ban 17 July 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya’aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya’aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya’aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. (more…)

History of Palestine – A Methodical Study of The Palestinian Struggle 3 July 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

History of Palestine – A Methodical Study of The Palestinian Struggle adalah sebuah buku tentang sejarah Palestin dan apa yang sedang berlaku sekarang. Pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang apa yang sedang berlaku pada ketika ini di negara berdaulat Palestin. Kongsikan ilmu dan pengalaman daripada buku ini. Download di sini.

257,000 sijil kelahiran tanpa bapa 2 July 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. (more…)