jump to navigation

Boeing Unjur Ramai Juruterbang Diperlukan Di Asia Pasifik 20 September 2011

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Boeing mengunjurkan rantau Asia Pasifik akan memerlukan beratus ribu juruterbang penerbangan dan juruteknik komersil baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang bagi menyokong permodenan kumpulan syarikat penerbangan serta pertumbuhan pesat perjalanan udara.

Unjuran Juruterbang dan Juruteknik Boeing 2011 menunjukkan 182,300 juruterbang dan 247,400 juruteknik baharu diperlukan di Asia Pasifik sehingga 2030. (more…)

Belia Digalak Ceburi Kerjaya Sebagai Malim 26 July 2011

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

PELABUHAN KLANG, 26 Julai (Bernama) — Golongan belia di negara ini digalak menceburi bidang kerjaya sebagai malim (jurupandu laut) yang dilihat memainkan peranan penting dalam menjaga dan memantau perairan negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu berkata kerjaya sebagai malim biasanya membabitkan belia berusia seawal 24 tahun serta menawarkan pendapatan yang boleh dianggap lumayan.
(more…)

Kebolehpasaran Graduan Politeknik Melebihi Tanda Aras Antarabangsa 19 July 2011

Posted by admin in Akademik, kerjaya, Umum.
comments closed

KULIM, 19 Julai (Bernama) — Kebolehpasaran graduan Politeknik di negara ini adalah tinggi iaitu melebihi tanda aras antarabangsa yang menetapkan 70 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sehubungan itu Politeknik akan terus diperkasakan dan ditransformasikan bagi memenuhi keperluan industri.
(more…)

Kod Etika Dilancar Bagi Martabatkan Kerjaya Kaunselor 18 July 2011

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Lembaga Kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Isnin melancarkan Kod Etika Kaunselor dalam usaha memartabatkan kaunselor sebagai satu kerjaya yang bertauliah dan dihormati.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata penghasilan kod etika itu bersesuaian dengan garis piawaian yang telah ditetapkan dalam Akta Kaunselor 1998 sekali gus membantu kaunselor untuk bertindak secara profesional.

“Sebagai seorang kaunselor profesional, mereka bukan sahaja perlu menguasai ilmu dan kemahiran kaunseling malah juga amat perlu dipandu dan dibimbing oleh suatu kod etika yang ditetapkan dalam profesion tersebut.
(more…)

675 Graduan Dipilih Sertai Program Tingkat Kemahiran Kejuruteraan 18 July 2011

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Seramai 675 graduan berpeluang mendalami kepakaran dalam bidang kejuruteraan apabila terpilih bagi menyertai program Technology Specialist in Specific Domain Expertise (TeSSDE) yang dianjurkan Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT).

Pengurus Besar MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing Sdn Bhd Mahasuria Idris berkata mereka merupakan antara 6,000 yang memohon untuk mengikuti program tersebut yang diwujudkan bagi melahir tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
(more…)

PDRM Dan UiTM Kerjasama Bina Akademi Kepolisan 14 July 2011

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
comments closed

SHAH ALAM, 14 Julai (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis memeterai kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi antara lain mewujudkan Akademi Kepolisan di UiTM bagi mendedahkan penuntut universiti itu mengenai kerjaya dalam bidang berkenaan dan peluang pengajian kepada anggota polis yang berminat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata PDRM menyambut baik hasrat UiTM bagi menubuhkan akademi berkenaan yang akan mempertingkatkan kemahiran dan kelayakan akademik anggota polis selain menjalankan kajian secara bersama bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pihak berkuasa itu.
(more…)

Malaysia Perlu Lebih Ramai Pekerja Mahir Dalam Industri Penerbangan 8 June 2011

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 8 Jun(Bernama) — Industri perkhidmatan Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) global diunjur bernilai US$65 bilion (RM195.3 bilion) menjelang 2020.

Industri tersebut dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri menguntungkan dan boleh menjadi jentera untuk memacu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Makmal Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjangka Projek Permulaan di bawah bahagian MRO, mewujudkan 21,000 peluang pekerjaan (more…)

10,000 Guru Teknik Dan Vokasional Menjelang 2015 16 May 2011

Posted by admin in kerjaya, Umum.
comments closed

KUCHING, 16 Mei (Bernama) — Untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, Kementerian Pelajaran akan mengambil lebih 10,000 orang guru tersebut secara berperingkat-peringkat menjelang akhir 2015, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata guru vokasional dan kemahiran baru yang diikitiraf akan diambil dari pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal awam untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti. (more…)