jump to navigation

MRSM Kota Putera Akan Laksana IGCSE Tahun Depan 27 October 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

BESUT, 27 Okt (Bernama) — Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera akan menjadi MRSM Ulul Albab pertama di negara ini melaksanakan Program Cambridge ‘International General Certificate of Secondary Education’ (IGCSE) mulai tahun depan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh berkata sesuai dengan sasaran MARA supaya setiap pelajar lepasannya menguasai program berkenaan.

Katanya program IGCSE diperkenalkan bagi menambah nilai sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan persijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan berpotensi cemerlang yang diiktiraf di kebanyakan peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Menurutnya kombinasi program IGCSE dan Ulul Albab akan menjadikan graduan MRSM bukan sahaja seimbang dengan tuntutan akhirat malah akan memain peranan utama dalam pendidikan di peringkat global di masa depan.

Idris berkata selain MRSM Kota Putera, tiga lagi MRSM yang akan melaksanakan program itu tahun depan ialah MRSM Baling, MRSM Alor Gajah dan MRSM Batu Pahat.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: