jump to navigation

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2011 26 October 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

Penawaran Program-Program Baharu Bagi Sesi Disember 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus-kursus berikut akan ditawarkan mulai sesi Disember 2011:

BIL NAMA PROGRAM POLITEKNIK
1. Diploma Lanjutan Akauntansi
(Advanced Diploma in Accountancy)
Politeknik Ungku Omar
2. Diploma Lanjutan Pengurusan Fasiliti
(Advanced Diploma in Facility Management)
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
3. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
(Diploma in Electrical and Electronic Engineering)
Politeknik Kota Bharu
4. Diploma Pengurusan Acara
(Diploma in Event Management)
Politeknik Merlimau Melaka

Permohonan Ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2011

Permohonan dibuka kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) lepasan tingkatan lima daripada Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.

Permohonan hendaklah dibuat melalui:

Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Tel: 03-8884 9190

atau

Jabatan Pelajaran Negeri,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.

 

Permohonan Ke Program Diploma Di Politeknik METrO

Calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di Politeknik METrO dipohon hadir untuk sesi khidmat nasihat, semakan kelayakan dan proses penawaran di Politeknik METrO yang berkenaan mulai 4 Ogos hingga 12 September 2011.

Program-program yang ditawarkan di Politeknik METrO:

Politeknik METrO Program yang ditawarkan
Politeknik METrO Kuala Lumpur
  • Diploma Pengurusan Peruncitan
  • Diploma Pengurusan Hotel & Katering
Politeknik METrO Kuantan
  • Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
Politeknik METrO Johor Bahru
  • Diploma Kewangan dan Perbankan Islam

Sila bawa bersama:

  • MyKad dan salinan
  • Slip keputusan/sijil SPM dan salinan
  • Sijil/dokumen kokurikulum dan salinan

Tawaran ini tertakluk kepada syarat kelayakan dan kekosongan tempat pengajian. Keutamaan akan diberikan kepada warga kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Bahru.

Lihat iklan penuh di sini.

 

Makluman Perpindahan

Kami kini beroperasi di:

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 3, Blok E3, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 6000 atau samb. 6155/6156/6157/6158/6159/6160
Faks : 03-8891 6001

%d bloggers like this: