jump to navigation

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 / 2011 22 August 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback
  1. Semakan keputusan bagi Asasi/ Diploma boleh disemak mulai 22 Ogos 2011 jam 5.00 petang.
  2. Bagi calon yang tidak berjaya, tawaran kedua akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Oktober 2011. Keputusan permohonan adalah muktamad.  
  3. Bagi permohonan program bertemu duga, hebahan panggilan temu duga dijangka dikeluarkan pada 25 Ogos 2011. Sesi temu duga akan dijalankan seperti berikut:
    • 14 dan 15 September 2011 bagi program Diploma Seni Muzik
    • 17 dan 18 September 2011 bagi program Diploma lain
  1. Bagi pemohon yang mengemukakan permohonan selepas 2 Ogos 2011, keputusan permohonan akan dikemukakan pada minggu pertama bulan Oktober 2011.
  2. Semakan keputusan bagi Program Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Setara Sepenuh Masa (SS) boleh disemak mulai 11 Ogos 2011 jam 5.00 petang.

Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM boleh di ajukan kepada:

Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
,
Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (+603) 5544 3170
e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my

%d bloggers like this: