jump to navigation

UMS Perkenal Sarjana Kejuruteraan Minyak Dan Gas September Ini 26 July 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

KOTA KINABALU, 26 Julai (Bernama) — Pengajian Kejuruteraan Teknologi Maklumat (SKTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan memulakan kursus bagi Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas bermula September tahun ini.

Program sarjana itu yang pertama di negara ini dan keempat di dunia selepas setiap tahun program akademik dilakukan di Amerika Syarikat, Brazil dan Scotland (United Kingdom), meliputi tiga semester termasuk semester terakhir latihan industri sambil bekerja.

Menurut kenyataan Komunikasi Korporat UMS di sini pada Selasa, tujuan memulakan program ini ialah untuk melahirkan sumber manusia yang diperlukan dan lengkap berpengetahuan bagi operasi huluran dan hiliran dalam minyak dan gas.

Teras kursus ini ialah direka dan dibentuk untuk keperluan industri tersebut dan ciri-ciri penting program tersebut adalah latihan sambil bekerja semasa semester terakhir.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian, semua penuntut Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas akan memperoleh kemampuan pengetahuan yang mendalam dalam proses dan operasi berkaitan minyak dan gas.

Kemahiran amali dan teknikal dalam menjalankan tugas dan operasi berkaitan minyak dan gas, mencerminkan pemikiran yang kritikal, penyelesai masalah dan pendekatan saintifik dalam menangani masalah dan komplikasi berkaitan minyak dan gas adalah ciri-ciri penting yang diperlukan, tambah kenyataan itu.

Menteri Pembangunan Industri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah dijadual melancarkan acara itu Jumaat ini.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: