jump to navigation

Semakan Ambilan Kedua Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 6 July 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

Mereka yang ada memohon Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 bagi memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) tetapi gagal mendapat tawaran semasa menyemak keputusan permohonan mereka pada 19 Mei 2011 lalu, sudah boleh membuat semakan sekali lagi kerana tawaran pengambilan kedua KPLSPM telah dibuka oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan Tawaran Gantian Calon Guru KPLSPM 2011

Semakan pengambilan kedua permohonan KPLSPM ke IPG ini boleh dibuat melalui internet.

Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:

Pengesahan dan Surat Tawaran

Semua calon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan memuat turun surat tawaran sementara dan dokumen berkaitan bagi tujuan pendaftaran menerusi salah satu portal di atas.

Borang Am 402

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Pertanyaan

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Tawaran Gantian Calon Guru KPLSPM 2011 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

Tahniah kepada semua yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti Program KPLSPM ambilan Jun 2011 ini.

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: