jump to navigation

Pinjaman PTPTN Pelajar Catat PNGK Bawah 2.0 Akan Dihentikan 17 June 2011

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
trackback

SUNGAI PETANI, 17 Jun (Bernama) — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.

Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

“PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan, dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara otomatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Jumaat.

Pada majlis itu, seramai 432 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok menerima waran pinjaman sebanyak RM1,500 setiap orang.

Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

“Wang PTPTN adalah duit rakyat…jadi, kita terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: