jump to navigation

Keputusan Rayuan Dan Ambilan Kedua Program Matrikulasi 2011 2 June 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

Keputusan rayuan permohonan Program Matrikulasi KPM bagi mereka yang gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan untuk memasuki Kolej Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada penghujung April yang lalu dan pengambilan kedua Matrikulasi dijangka boleh membuat semakan mulai 4 Jun 2011, pukul 12 tengahmalam.

 

Semakan Melalui Internet

Semakan Melalui SMS

  • Ambilan Kedua: Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>No. MyKad dan hantarkan ke 15888
    Contoh : MOE MAT 930101041234
  • Calon Rayuan: Taipkan MOE<jarak>MAR<jarak>No. MyKad dan hantarkan ke 15888
    Contoh : MOE MAR 930101041234

Semakan Melalui Telefon

  • Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 6, 8 atau 9 Jun 2011. Sila rujuk senarai di bawah.
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.

Senarai Nombor Telefon Kolej Matrikulasi KPM

Pertanyaan

  • Sila hubungi terus Kolej Matrukulasi yang ditawarkan atau Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi KPM 2011.

 

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: