jump to navigation

Semakan Keputusan Permohonan KPLSPM Ambilan Jun 2011 19 May 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

Semakan keputusan permohonan KPLSPM ke IPG ini boleh dibuat melalui internet dan sms.

Semakan Melalui Internet

Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:

Semakan Melalui SMS

Semakan keputusan permohonan menggunakan SMS boleh dibuat seperti:

  • MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888. contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.

Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan secara sms sila taip :

  • MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888. contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888

Nota : Ada pembaca ePutra yang melaporkan semakan melalui sms di atas tidak berfungsi.

Pengesahan dan Surat Tawaran

Semua calon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan memuat turun surat tawaran sementara dan dokumen berkaitan bagi tujuan pendaftaran menerusi salah satu portal di atas.

Borang Am 402

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Pertanyaan

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2011 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: