jump to navigation

Biasiswa HSBC Kini Dibuka Untuk Permohonan 18 May 2011

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
trackback

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi swasta dan awam tempatan digalakkan memohon Program Biasisiwa HSBC.

“HSBC tidak memerlukan ikatan perkhidmatan dan kami menawarkan latihan kepada graduan berbakat berdasarkan kepada bidang kajian mereka,” kata Pengarah Eksekutif merangkap Timnalan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Jon Addis dalam satu kenyataan pada Rabu.

Biasiswa itu menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 setahun bagi pemohon daripada universiti atau kolej swasta, dan sehingga RM8,000 setahun bagi pelajar di universiti awam.

Mereka yang berminat boleh melayari lamn web http://www.hsbc.com.my bagi maklumat lanjut.

Tarikh tutup bagi penerimaan semua permohonan ialah pada 8 Julai, 2011.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: