jump to navigation

Ujian MEdSI 2011 22 April 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iatu ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

Ini bermakna Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian.

Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Format Ujian MEdSI

  • Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
  • Terbahagi kepada 4 bahagian:
    • Personaliti – 110 soalan
    • Minat Kerjaya – 60 soalan
    • Nilai Integriti – 70 soalan
    • Kecerdasan Emosi – 60 soalan
  • Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
  • Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI

  • Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan.
  • Semakan boleh dibuat mulai 22 April 2011.
  • Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.

Menduduki Ujian MEdSI

  • Ujian MEdSI akan diadakan pada 30 April 2011.
  • Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu.
  • Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki Ujian MEdSI.
  • Ujian MEdSI hanya sah untuk sekali ambilan sahaja.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau e-mel : ppa@mpm.edu.my

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: