jump to navigation

Permohonan Program Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya 2011 1 April 2011

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
trackback

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti program pengajian peringkat Diploma di PPUM.

Program pengajian yang dijalankan secara sepenuh masa ini akan mengambil masa 3 tahun dan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia sendiri. Oleh itu mereka yang berjaya menamatkan program pengajian diploma ini dikehendaki berkhidmat dengan PPUM selama 5 tahun.

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan adalah

  • Diploma Kejururawatan ( Diploma in Nursing)
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Diploma in Medical Laboratory Technology)
  • Diploma Radiografi (Diploma of Radiography)

Syarat Am

Syarat kelayakan am untuk memohon

  • Berumur di antara 18 hingga 30 tahun
  • Lelaki atau perempuan
  • Masih bujang
  • Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Syarat Akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

  • Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
  • Bagi program Diploma Kejururawatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  • Bagi program Diploma Teknologi Makmal Perubatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
  • Bagi program Diploma Radiografi memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)

Cara Memohon

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara  online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my
  • Pemohon perlu mendapatkan ID PPUM berharga RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional)
  • Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  • Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.

Tarikh Tutup

  • Permohonan program diploma PPUM ini akan ditutup pada 10 April 2011.

Temuduga

  • Semakan panggilan temuduga boleh dibuat melalui laman web PPUM mulai 18 April 2011 hingga 30 April 2011.
  • ID PPUM boleh digunakan untuk membuat semakan temuduga.
  • Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga

Pendaftaran

  • Program pengajian ini dijangka akan bermula pada 4 Julai 2011.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya atau laman web permohonan program PPUM untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang masalah semasa permohonan sila hubungi talian 03-79492099 / 03-79493210 / 03-79494240 atau e-mel : spp@ummc.edu.my
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai progam, bagi Diploma Kejururawatan hubungi 03-79492098/ 2099, bagi Diploma Teknologi Makmal Perubatan hubungi 03- 79493267/ 03 – 79493305 dan bagi Diploma Radiografi hubungi 03 -7949 2524.

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: