jump to navigation

My-Kolej : Portal Pemadanan Pelajar Dengan IPTS/Kolej 22 March 2011

Posted by admin in Akademik, Biasiswa/Pinjaman.
trackback

My-Kolej adalah sebuah portal pemadananan (matching) secara atas talian diantara seseorang pelajar dengan pihak IPTS/Kolej.

Matlamat utama My-Kolej dibangunkan adalah untuk membantu serta menyelesaikan permasalahan pelajar bagi mengenal pasti personaliti dan kehendak masing-masing dalam memilih IPTS/Kolej yang menawarkan pelbagai kursus pengajian secara lebih telus dan terbuka.

Dengan menggunakan modul soalan kaji selidik (questionnaire) My-Kolej, pelajar akan dikajiselidik, dianalisa dan seterusnya disuaipadan kepada lebih 300 IPTS/Kolej di Malaysia yang menawarkan lebih 2,000 pilihan kursus pengajian dalam pelbagai bidang.

Menyedari akan permasalahan yang timbul dari segi pemilihan kursus pengajian dan IPTS/Kolej yang sesuai serta bertepatan dengan kelayakan yang dimiliki oleh seseorang pelajar, My-Kolej tampil sebagai penyelesaian dalam menyuai padan minat, personaliti dan kelayakan (mengikut keputusan SPM,STPM) yang dimiliki masing-masing.

Kewujudan My-Kolej adalah supaya :

  • Dapat menjimatkan kos dan masa dalam pencarian/pemadanan IPTS/Kolej yang sesuai
  • Pemilihan kursus pengajian adalah bertepatan dengan minat dan kemahiran yang dimiliki
  • Memudahkan perancangan kewangan/perbelanjaan pengajian mengikut senarai IPTS/Kolej yang dipadankan
  • Mengetahui informasi asas berkaitan IPTS/Kolej seperti lokasi, pengkhususan bidang, kemudahan dsb
  • Meningkatkan peratusan pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi
%d bloggers like this: