jump to navigation

Pendaftaran Peperiksaan STAM 2011 22 February 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran telah memaklumkan bahawa pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 telah pun dibuka mulai 1 Februari 2011 yang lalu.

Pendaftaran STAM

Calon Sekolah

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.

Calon Persendirian

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Syarat Layak Menduduki STAM

  • Telah mengikuti Kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir DAN;
  • Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU;
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa.

Yuran Peperiksaan STAM

  • Bayaran yuran peperiksaan STAM sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas calon sekolah swasta, calon persendirian dan calon bukan warganegara yang mengambil semua mata pelajaran.
  • Bayaran asas sebanyak RM 50.00 dikenakan ke atas calon yang ingin mengambil mata pelajaran tertentu dengan kadar yuran RM 25.00 bagi setiap mata pelajaran.
  • Bayaran hendaklah dibuat melalui kiriman wang atau draf bank yang dibayar atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran secara wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.

Tarikh Peperiksaan STAM

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STAM 2011 adalah pada 31 Mac 2011.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.

Maklumat

  • Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan STAM 2011 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
  • Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Alamat dan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: