jump to navigation

Borang Permohonan Matrikulasi Boleh Dikemas Kini Mulai Isnin 18 February 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran akan membuka permohonan untuk mengemas kini borang program matrikulasi sesi 2011/2012 mulai 21 Februari hingga 6 Mac ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan Jumaat berkata hanya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2010 yang sudah mengisi borang permohonan melalui internet atau borang manual boleh mengemaskini borang itu bagi maklumat tambahan melalui laman web http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/semakan

Pelajar-pelajar juga boleh menghubungi Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, bagi tujuan itu.

Sementara itu , Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan bahawa semakan keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat pada 21 Feb ini menerusi laman web http://www.mara.gov.my

Pengambilan ini adalah bagi mengisi 1,370 tempat atau 13.7 peratus kekosongan iaitu 1,250 tempat bagi Tingkatan 1 dan 120 tempat untuk Tingkatan 4.

Kumpulan pelajar pengambilan kedua ini akan mendaftar serentak pada 1 Mac ini.

Sejumlah 25,244 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 1 dan 15,873 tempat bagi Tingkatan 4 bagi sesi 2011.

Daripada jumlah itu, MARA menawarkan 10,000 tempat iaitu 6,500 tempat untuk Tingkatan 1 dan 3,500 tempat untuk Tingkatan 4.

Pelajar bagi sesi 2011 mendaftar pada 7 Februari lepas di 46 MRSM di seluruh negara manakala MRSM Mukah, Sarawak, mendaftar pada 7 Mac ini.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: