jump to navigation

Permohonan Kemasukan ke Program Pra Universiti Di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2011/2012 27 January 2011

Posted by admin in Akademik, Sukan.
trackback

Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk mengikuti Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM sesi 2011/2012.

Syarat Am

  • Mewakili Negara / berpotensi mewakili Negara.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan (jika perlu).

Syarat Khas

Aliran Sains

  1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
  2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan

Aliran Sastera Ikhtisas

  1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
  2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Sains Sukan

Tatacara Permohonan Program Pra Universiti Bagi Pelajar Lepasan SPM

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di web Permohonan Kemasukan ke Program Pra Universiti Di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2011/2012
  2. Tarikh permohonan dibuka pada 07 Februari hingga 31 Mac 2011.
  3. Mencetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan laporan jurulatih.
  4. Menghantar borang permohonan yang lengkap berserta salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada;

Pengarah,
Bahagian Sukan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

  1. Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses
  2. Sila hubungi Pegawai bertanggungjawab iaitu Puan Norhamimi binti Othman di talian 03-8884 1035 atau faks 03-8884 1034 atau email ke alamat norhamimi@moe.gov.my untuk keterangan lanjut.
%d bloggers like this: