jump to navigation

Pelajar Gagal Ke Sekolah Asrama Penuh Boleh Rayu – Kementerian Pelajaran 18 January 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh membuat rayuan secara atas talian dengan menggunakan e-rayuan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia Selasa, tempoh rayuan ialah mulai 18 Jan hingga 2 Feb iaitu selama 14 hari.

Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar ke Tingkatan Empat SBP diumumkan hari ini.

Pelajar yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP berkenaan pada 7 Feb.

Menurut kenyataan itu, tahun in Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Empat di SBP berbanding tempat yang ditawarkan sebanyak 5,300 sahaja.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: