jump to navigation

Kerajaan India Tawar 20 Biasiswa Untuk Lanjut Pelajaran Dalam Perubatan Alternatif 17 January 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Kerajaan India menawarkan 20 biasiswa kepada pelajar Malaysia yang berhasrat meneruskan kursus siswazah dalam sistem perubatan tradisional di India bagi tahun akademik 2011-2012.

Dalam satu kenyataan hari Isnin, Suruhanjaya Tinggi India berkata terdapat 14 kolej yang menawarkan tempat bagi pelajar yang berminat meneruskan pengajian dalam empat kursus yang berkaitan.

Kursus itu adalah Sarjana Muda Ayurveda, Perubatan dan Pembedahan (BAMS), Sarjana Muda Perubatan dan Sains Siddha (BSMS), Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Unani (BUMS) dan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Homeopati (BHMS).

Kolej yang menawarkan kursus BAMS adalah Rajiv Gandhi PG College, Paprola, Himachal Pradesh; Government Ayurved College, Raipur, Chhatisgarh;, Government Ayurved College, Lucknow, Uttar Pradesh; Tilak Ayurved Mahavidyala, Oune Maharashtra; Goverment Ayurved College, Patna, Orissa; Goverment Ayurved College, Tripunithura, Kerala; Shri Dharmashala Ayurvedic College, Udupi, Karnataka; Government Ayurved College, Tiruananthapuram, Kerala; Choudary Braham Prakash Ayuvedic College Delhi dan Rajiv Gandhi Ayurvedic Medical College and Hospital Mahe, Puduchery, Tamil Nadu.

Dua kolej yang menawarkan kursus BSMS adalah Government Siddha Medical College, Chennai, Tamil Nadu dan Government Siddha Medical College, Palayamkottai, Tamil Nadu.

Selain itu, Aligarh Muslim University, Aligarh, Uttar Pradesh pula menawarkan kursus BUMS dan National Institute of Homeopathy, Kolkata, West Bengal menawarkan kursus BHMS.

Kenyataan itu menyebut terdapat kriteria tertentu yang perlu dipenuhi oleh calon, termasuk kelayakan untuk memohon kursus berkenaan, fasih dalam bahasa Inggeris dan tiada sebarang masalah kesihatan yang serius.

Skim itu hanya meliputi yuran tuisyen, elaun sara hidup, geran kontinjen, elaun sewa rumah dan perubatan manakala tambang penerbangan tidak disediakan di bawah biasiswa berkenaan.

Borang permohonan bagi skim biasiswa itu dapat diperoleh di Bahagian Pendidikan suruhanjaya tinggi itu dengan menghubungi talian 03-20922339 (faks), 03-20933510 sambungan 410 (telefon) atau email edu@indianhighcimmission.com.my.

Calon boleh mengisi dan menyerah borang berkenaan kepada Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, No 2, Jalan Taman Duta, off Jalan Duta, 50480, Kuala Lumpur sebelum 21 Feb.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: