jump to navigation

Kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2011 Melalui Unit Pengambilan Universiti 17 January 2011

Posted by admin in Akademik.
trackback

PUTRAJAYA, 17 Januari 2011
Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Unit Pengambilan Universiti (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi mengambil pendekatan baru, iaitu menyelaras pengambilan secara berpusat untuk pengambilan pelajar memasuki Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN dan Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKTBN) bagi sesi pengambilan Julai 2011. Sebelum ini, pengambilan pelajar dilaksanakan buat oleh pihak Kementerian sendiri, iaitu calon mengemukakan permohonan secara atas talian (online).

IKBN dan IKTBN merupakan satu institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan memberi latihan berintitusi yang berbentuk latihan bersepadu dengan perlaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan atau moral, sukan dan khidmat masyarakat.

Pembangunan IKBN turut menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional kepada belia lepasan sekolah (SPM). Matlamat awal penubuhan IKBN adalah bagi menangani masalah pengganguran dalam kalangan belia tercicir.

Sehingga kini KBS mempunyai 20 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Sepang, Selangor serta tambahan sebuah lagi sedang diperingkat pembinaan di Tanah Merah, Kelantan dan dijangka membuat pengambilan pertama pada tahun 2012. Kira-kira 15,000 pelajar pelajar memasuki IKBN/IKTBN mulai tahun ini.

Pelbagai kursus sepenuh masa ditawarkan di IKBN diantaranya kursus Teknologi Kejuruteraan Elektrikal, Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Kejuruteraan Automotif, Teknologi Kejuruteraan Awam, Teknologi Kejuruteraan Marin,Teknologi Fotografi,Teknologi Maklumat,Teknologi Tekstil,Teknologi Makanan dan Perkhidmatan Personal.

Turut ditawarkan, program atau kursus tambahan di IKBN seperti kursus separuh masa, kursus kemahiran jangka pendek (customise), program skill 2Y (kemahiran kepada belia) dan program skill 4Y (kemahiran untuk belia).

Kepada yang berminat memasuki IKBN bagi kursus sepenuh masa bolehlah membuat permohonan dengan membeli nombor Unit ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) . Permohonan adalah melalui aplikasi atas talian sahaja. Bagi mendapat maklumat yang lengkap dan terkini pemohon boleh melayari web rasmi kemasukan pelajar di http://upu.mohe.gov.my mulai 10 Januari hingga 4 April 2011 bagi pengambilan Julai 2011.

Syarat-syarat bagi kemasukan ke IKBN mestilah warganegara yang berumur 18 hingga 30 tahun, tamat tingkatan lima (keutamaan kepada calon yang lulus B.Melayu, Sains dan Matematik), belum pernah berkahwin, sihat tubuh badan, tiada rekod jenayah serta belum pernah mengikuti bidang kemahiran di institusi kemahiran kerajaan ataupun swasta.

SUMBER : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:

NAMA : Encik Mohd Rudi Bin Ab. Mutalib
Bahagian Pembangunan Kemahiran
TEL : 03-8871 3680
EMEL : rudi@kbs.gov.my

TARIKH SIARAN: 17 JANUARI 2011
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

%d bloggers like this: