jump to navigation

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 21 December 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Surat Tawaran

  • Surat tawaran rasmi yang mengandungi maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan pendaftaran telah pun mula dihantar ke mereka yang berjaya.

Pendaftaran Pelajar Baru

  • Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2011 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 5 Januari 2011.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

 

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: