jump to navigation

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SMT dan SMV 2011 2 December 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional.
  • Borang rayuan boleh dimuat-turun di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/SMV 2011.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.

Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SMT dan SMV.

 

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: