jump to navigation

Golongan Muda Diseru Ambil Kursus Penerbangan Dan Aeroangkasa 30 December 2010

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
comments closed

BANGI, 30 Dis (Bernama) — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyeru golongan muda agar mengambil kursus berkaitan penerbangan dan aeroangkasa – bidang yang mempunyai permintaan tinggi dan menawarkan gaji lumayan.

Beliau berkata, pada masa ini institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini hanya menghasilkan kira-kira 250 pelajar bidang itu setahun, sedangkan permintaan terhadap graduan bidang itu di rantau ini mencapai 1,000 orang.
(more…)

Advertisements

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi 28 December 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA. (more…)

MRSM Kekalkan Kecemerlangan Dalam PMR 23 December 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan 20 buah MRSM telah mencapai keputusan lebih daripada 60 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ibrahim Ahmad berkata daripada 5,068 calon dari 36 buah MRSM, jumlah yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 3,129 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.17 peratus berbanding 59.03 peratus tahun lepas.

“Pencapaian MRSM dalam peperiksaan PMR 2010 adalah cemerlang dan bertambah baik berbanding dengan pencapaian pada tahun lalu (more…)

30,863 Calon PMR 2010 Dapat Semua A 23 December 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini Khamis.
(more…)

Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang 22 December 2010

Posted by admin in Umum.
comments closed

PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) — Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
(more…)

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 21 December 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 (more…)

Sejarah Dijadikan Mata Pelajaran Tambahan SPMU Mulai 2014 16 December 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Mata pelajaran Sejarah akan diperkenal dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini bagi memberi peluang kepada murid memperbaiki keputusan dan berupaya memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ketika ini SPMU hanya ditawarkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam pada persidangan Dewan Negara di sini, pada Khamis.
(more…)

Keputusan PMR Diumumkan 23 Dis Ini 15 December 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan pada hari Rabu berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
(more…)