jump to navigation

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Semenanjung Malaysia 8 November 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2010 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2011 di Semenanjung Malaysia.

Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab ditawarkan di MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Biasa

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  3. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

Ulul Albab (Agama)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.
  4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.

Pemilihan

  1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Katalaluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi iaitu 11 November 2010.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011. (Laman web ini akan dibuka pada 11 November 2010)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
  2. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup dua minggu selepas keputusan UPSR diumumkan. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada awal Disember 2010. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

 

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: