jump to navigation

Keputusan UPSR 2010 11 November 5 November 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

PUTRAJAYA 4 Nov. – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini.

Menurut kenyataan itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan.

“Satu majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2010 akan diadakan pada hari Khamis berkenaan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya,” kata kenyataan itu di sini.

Pada tahun ini, 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah 486,321 orang atau 98.3 peratus manakala baki 8,172 (1.7 peratus) adalah calon sekolah swasta.

Sumber: Utusan Malaysia

%d bloggers like this: