jump to navigation

Kementerian Pelajaran Tolak Khabar Angin Calon SPM Perlu Ambil Semula Bahasa Melayu Kertas 2 30 November 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) — Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 Nov lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.
(more…)

Lebih Setengah Juta Pelajar Mula Duduki SPM, STPM 23 November 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Dis, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.
(more…)

UPSR: Hanya 10% ke sekolah asrama penuh 13 November 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

JOHOR BAHRU 12 Nov. – Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang ke sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, situasi tersebut berlaku ekoran bilangan kekosongan di SBP yang terhad berbanding jumlah murid cemerlang yang ramai. (more…)

48,327 Calon UPSR Peroleh Semua A 11 November 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

PUTRAJAYA, 11 Nov (Bernama) — Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara. (more…)

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011 Di Sabah Dan Sarawak 11 November 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2010 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2011 di Sabah dan Sarawak.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak.
  3. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (Matematik dan Sains harus A) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010. (more…)

Dewan Rakyat: 700 Graduan Menganggur Lebih Tiga Tahun – Maznah 9 November 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Hanya 1.8 peratus atau 700 graduan yang menganggur melebihi tempoh tiga tahun berbanding jumlah keseluruhan yang menganggur iaitu seramai 41,500 orang, sidang Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata mengikut kajian Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas, sebanyak 2,100 atau 5.1 peratus menganggur antara satu hingga tiga tahun; 4,800 (11.6 peratus) menganggur antara enam bulan hingga setahun, manakala 12,600 (30.4 peratus) menganggur untuk tempoh tiga hingga enam bulan.
(more…)

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Semenanjung Malaysia 8 November 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2010 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2011 di Semenanjung Malaysia.

Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab ditawarkan di MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM. (more…)

Wajibkan kepujian Sejarah bagi pengambilan pelajar di semua IPTA 7 November 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju dengan langkah Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensyaratkan kepujian dalam subjek Sejarah untuk mengikuti kursus-kursusnya mulai pengambilan Julai tahun depan dan berharap ia turut diwajibkan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, ia penting bagi memastikan penuntut baru yang mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di universiti lebih memahami sejarah negara. (more…)