jump to navigation

Permohonan Kemasukan ke IKBN sesi Januari 2011 13 October 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon memasuki IKBN di seluruh negara bagi Sesi Kemasukan Januari 2011. Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Perkhidmatan Personal

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang memohon kursus ke tahap SKM yang lebih tinggi dari sedia ada atau kursus (Penjaga Jentera Elektrik A1 (SLC02) atau kursus Penjaga Jentera Elektrik A4 (SLC03) atau Penjana Jentera Elektrik AO (SLC04)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

  • IKBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak, Selangor
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Pontian, Johor
  • IKBN Temerloh, Pahang

Permohonan

  • Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Online Permohonan Kemasukan ke IKBN.
  • Sila rujuk Iklan IKBN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bidang kursus, sijil dan tahap, tempoh kursus, pusat IKBN yang menawarkan kursus, kelayakan akademik dan sinopsis kursus sebelum membuat permohonan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Januri 2011 ini ditutup pada 2 November 2010.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan ke IKBN sesi Januari 2011 ini dijangka boleh disemak mulai 1 Disember 2010.

Maklumat

  • Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  • Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3673/ 3651/ 3680/ 3685/ 3664.

 

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: