jump to navigation

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011 1 September 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 2010 sekolah kebangsaan yang berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2011 adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini terdapat 53 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.

Permohonan SBP Tingkatan 1 2011

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah asal pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.

Maklumat

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: