jump to navigation

Peperiksaan SPM 2010 Akan Bermula 23 November 30 September 2010

Posted by admin in Akademik, Umum.
comments closed

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini pada Khamis berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lepas. (more…)

Advertisements

Usaha Lahirkan Generasi Muda Yang Arif Perbankan Islam Dan Konvensional 28 September 2010

Posted by admin in Akademik, Umum.
comments closed

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Lima puluh penuntut dihantar ke Mesir bagi mengikuti pengajian program Ijazah Kewangan Islam di Universiti Al-Azhar bagi melahirkan generasi muda yang arif dalam sistem perbankan Islam dan konvensional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program itu dirangka khusus bagi melahirkan golongan yang arif tentang perbankan Islam dan konvensional mengikut lunas syariah serta sesuai dengan peredaran masa. (more…)

Tunjuk Semangat Patriotisme Dengan Berkhidmat Di Tanah Air – Liow 27 September 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

Daripada Zalina Maizan Ngah

DUBLIN (Ireland), 27 Sept (Bernama) — Rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai doktor pakar di luar negara diminta membuktikan semangat patriotisme dan kecintaan mereka kepada negara dengan pulang berkhidmat di tanah air.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengeluarkan nasihat itu berkata semangat kesetiaan kepada negara akan lebih bermakna jika mereka bersama kerajaan untuk memantapkan lagi sektor perubatan di Malaysia yang masih kekurangan tenaga pakar. (more…)

Industri Insurans Masih Menawarkan Peluang Lumayan, Kata Presiden LIAM 25 September 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

PETALING JAYA, 25 Sept (Bernama) — Industri insurans masih menawarkan peluang yang lumayan kepada sesiapa sahaja, terutama sekali kepada Bumiputera, yang berminat untuk menjadikan bidang itu sebagai kerjaya masing-masing.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Adnan Zain berkata peluang itu masih terbuka kerana kadar penembusan pasaran insurans hayat di negara ini kini hanya menjangkau 41 petratus. (more…)

Pertanian Jadi Perniagaan Tani Dalam 10 Tahun Akan Datang 21 September 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Sektor pertanian di negara ini akan ditukar menjadi perniagaan tani, dan bergerak ke arah model yang terangkum tetapi pada masa yang sama berpaksikan keperluan pasaran, ekonomi bidangan dan penyepaduan rantaian nilai menjelang tahun 2020.

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian disasarkan untuk meningkatkan sumbangan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM20 bilion untuk mencapai RM49 bilion menjelang 2020. (more…)

Lebih 490,000 Duduki UPSR Tahun Ini 21 September 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama)– Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) yang bermula Selasa hingga Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C)) dan 16,965 dari SJK Tamil. (more…)

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia 20 September 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2010 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2011.

MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010. (more…)

YDSM, IPTA Terokai Kerjasama Saintifik Dengan Universiti Kanada 17 September 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Daripada Sharifah Nur Shahrizad Syed Mohamed Sharer

MONTREAL (KANADA), 17 Sept (Bernama) — Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan tiga institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bakal mengorak langkah bagi menerokai penyelidikan saintifik dalam bidang genom, sains pertanian dan pemakanan melalui kerjasama akademik dengan dua universiti di Kanada.

Jalinan kepakaran dan kemahiran tenaga akademik itu akan direalisasikan melalui kerjasama projek ‘Brain Gain’ yang diadakan sempena lawatan kerja lapan hari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Montreal dan Toronto di Kanada bermula esok (18 Sept). (more…)