jump to navigation

Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Disember 2010 / Januari 2011 12 August 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi Disember 2010 / Januari 2011 akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat. Mereka yang ada membuat permohonan melalui UPU bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi Julai yang lalu tetapi tidak mendapat tawaran boleh membuat permohonan untuk pengambilan sesi Disember 2010 / Januari 2011 ini.

Pengambilan IPTA sesi Disember 2010 / Januari 2011 ini bukan sahaja memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Julai yang lalu tetapi untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu. Oleh itu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan kelulusan lain yang setaraf dengannya bolehlah membuat permohonan.

Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Pengambilan ke IPTA bagi sesi Disember 2010 / Januari 2011 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti.

Walaupun begitu hanya sebahagian sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang akan ditawarkan.

Pengambilan Disember 2010 / Januari 2011

Setelah menyemak kesemua laman web IPTA, berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan bagi sesi Disember / Januari setakat ini;

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI

Program Pengajian

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Diploma Bahasa Inggeris

Semua program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan

  • Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
  • Permohononan ambilan Disember 2010 UPSI perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 15 Ogos 2010.
  • Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UPSI akan ditutup pada 6 September 2010.
  • Mereka yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 31 Disember 2010 adalah dianggap tidak berjaya.

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 05 450 6929 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA – UTHM

Program Pengajian

  • Program Diploma
  • Program Sarjana Muda

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 07 453 7681/ 7689/ 7687/ 7655/ 7696/ 7685 atau faks 07 453 6085 atau  emel pa@uthm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM

Program Pengajian

  • Program pengajian Asasi, Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Luar Kampus dan Profesional/Lepasan Ijazah.

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan belum dibuka.

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 03 5544 3164/ 65/ 66/ 74/ 75 atau faks 03 5544 3170 atau  emel bpp@salam.uitm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – UKM

Program Pengajian

  • Program Ijazah Pertama
  • Program Pengajian Siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah)

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UKM bagi program ijazah pertama belum ada maklumat lagi.
  • Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UKM bagi program pengajian siswazah akan ditutup pada 30 Ogos 2010.

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 03 8921 5336/ 5041/ 4126 atau faks 03 8925 0662 atau  emel akad@ukm.my bagi program ijazah pertama dan 03 8921 3764/ 3895/ 4183/ 4612/ 3795/ 4183/ 5162/ 4516/ 5338/ 4515 atau faks 03 8925 2699 jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI MALAYA – UM

Program Pengajian

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama).

Permohonan

  • Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini

Tarikh Tutup

  • Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 03 7967 3440/ 3441/ 3502 atau  emel akademik@um.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA – UPM

Program Pengajian

  • Ijazah Senibina

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 03 8946 6059 atau faks 03 8942 6469 atau  emel akademik@upm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA – USIM

Program Pengajian

  • Peringkat Master dan PhD

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan program pengajian siswazah ambilan Disember 2010 USIM akan ditutup pada 1 Oktober 2010.

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 06 798 6060/ 6061/ 6040 atau faks 06 798 6059/ 6077  atau  emel cgs@usim.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – UUM

Program Pengajian

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 04 928 3108 / 3174 / 3107 / 3168 atau faks 04 928 3109 atau  emel uumkemasukan@uum.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA – UIAM

Program Pengajian

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ambilan November 2010 UIAM akan ditutup pada 30 September 2010.

Keputusan Permohonan

Maklumat

Sila hubungi talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel admissions@iiu.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

Maklumat

Maklumat berkenaan pengambilan universiti sesi Disember 2010 / Januari 2011 di atas diperolehi daripada laman web IPTA yang berkenaan dan maklum balas daripada para pembaca ePutra, Anda boleh juga merujuk komen-komen di Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 untuk mendapatkan lebih maklumat.

Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan permohonan ke IPTA sesi Disember 2010 / Januari 2011 sila maklumkan kepada kami supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.

Sumber:  ePutra.com

%d bloggers like this: