jump to navigation

Selamat Datang Ramadhan 10 August 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

Unit Bimbingan dan Kaunseling SSBP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua guru, jurulatih, kakitangan sokongan, atlet pelajar serta semua warga SSBP tercinta. Semoga peluang bertemu dengan Ramadhan kali ini dapat kita sama-sama manfaatkan dengan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mudah-mudahan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini, iman dan amalan kita dapat kita perbaiki dan diterima oleh-Nya. Amin.

Advertisements

Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan 10 August 2010

Posted by admin in Tazkirah.
comments closed

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh berkat. Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadhan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya bagi golongan yang beriman mereka berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka pada bulan yang mulia ini. Berikut adalah beberapa amalan-amalan yang disyari’atkan bagi seluruh umat islam sempena Ramadhan al-Mubarak ini.
(more…)