jump to navigation

Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris Untuk Hadapi Era Globalisasi, Titah Tuanku Zara 8 August 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

IPOH, 8 Ogos (Bernama) — Sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi serta arus globalisasi, tindakan segera perlu diambil untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat negara ini, titah Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim.

Baginda bertitah bahawa dengan meningkatnya daya hubungan global, para pelajar khususnya dan rakyat Malaysia amnya, perlu menjadi komunikator yang berkesan, yang bukan sahaja fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi juga mampu menghayati kesusasteraannya. “Penguasaan bahasa Inggeris amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang individu, di samping memantapkan kedudukan ekonomi negara di peringkat global. (more…)

Advertisements