jump to navigation

Semua Pegawai Tentera Mesti Lepasan Universiti 6 August 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KOTA BAHARU, 6 Ogos (Bernama) — Sebagai persediaan menghadapi cabaran baru keselamatan negara dan peperangan moden menggunakan teknologi terkini, semua permohonan baru bagi jawatan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mestilah berkelulusan universiti.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Bahagian Perkhidmatan Anggota ATM, Mej Jen Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata bagi jawatan lain-lain pangkat, kelulusan hendaklah kredit Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
(more…)

Advertisements

PDRM Cadang Bina Pusat Latihan Polis Di Setiap Negeri 6 August 2010

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah pusat latihan atau maktab polis di setiap negeri bagi melahirkan warga polis yang lebih kompeten, berilmu dan berdaya saing.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata anggota dan pegawai polis perlu diberi latihan yang mencukupi bermula daripada latihan asas kepolisan hinggalah kepada kursus bagi meningkatkan kemahiran ketika dalam perkhidmatan.
(more…)

Graduan UiTM Berpeluang Lanjut Pelajaran Ke Oxford, Harvard 6 August 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA TERENGGANU, 6 Ogos (Bernama) — Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mencatat kelulusan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda bakal ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti ternama dunia.

Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Ir Prof Sahol Hamid Abu Bakar berkata seramai 25 pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dengan nilai gred mata (GPA) 3.75 ke atas setiap tahun bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) menerusi program ‘Meletak Melayu dalam Peta Dunia’.
(more…)