jump to navigation

Kementerian Pelajaran Mahu Ganda Pelajar Ikuti Bidang Vokasional 5 August 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

SUNGAI SIPUT, 5 Ogos (Bernama) — Kementerian Pelajaran akan memperluaskan skop pembelajaran bidang vokasional bagi menggandakan bilangan pelajar bidang tersebut daripada 10 peratus kepada 20 peratus atau lebih dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata melalui perluasan skop berkenaan, bidang vokasional bukan lagi akan menjadi bidang kedua tetapi menjadi bidang pilihan dalam sistem pembelajaran negara.

“Sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran telah dibentuk bagi mengkaji untuk memperluaskan skop bidang pendidikan vokasional,” katanya berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik daerah Kuala Kangsar di sini pada Khamis.
(more…)

Advertisements

Tawaran Kemasukan Ke Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan Sesi Pengambilan Tahun 2010/2011 5 August 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK). Bidang kemahiran ketukangan yang ditawarkan ialah bidang kemahiran elektrik dan mekanikal. Program pendidikan selama 9 bulan ini akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd – ILSAS, Bangi dan lokasi-lokasi tertentu yang lain.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik / Elektrik dan Elektronik¬† / Mekanikal dari Politeknik/Kolej Komuniti dengan CGPA diantara 2.00 hingga 2.49 atau Sijil MLVK Tahap 2 & 3 (Elektrikal/Mekanikal) atau Sijil Pendawaian (PW 2/PW 3/PW 4) atau Sijil Penjaga Jentera (Chargeman) AO dan A1 (more…)