jump to navigation

Tawaran Untuk Mengikuti Kursus Sijil Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sesi 2011/2012 3 August 2010

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
trackback

Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memiliki SPM / SPVM untuk
mengikuti Kursus Sijil Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pengajian ini akan
bermula pada 01 Januari 2011 dan mengambil masa selama 2 tahun.
SYARAT-SYARAT PEMOHON
(i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi
pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
(ii) Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang
diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
(a) Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
(b) Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan
(c) Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut :
Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas,
Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap,
Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi,
Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip
Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering,
Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat, dan
(iii) Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.
(iv) Belum berkahwin (kecuali untuk pegawai kerajaan).
(v) Sihat tubuh badan.
TEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN
(i) Kursus ini dijalankan di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor .
(ii) Tempat penginapan dan makanan disediakan.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web kami di http://www.dvs.gov.my atau
ditalian 03 – 88702000/2205/2185/2187.


CARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani,
Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya atau boleh di
muat turun di laman web http://www.dvs.gov.my/web/guest/kursus atau di Institut Veterinar
Malaysia, Kluang atau di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau dengan
menghantar sampul surat berukuran 25 cm x 34 cm, beralamat sendiri dan bersetem RM 0.50.
Sila majukan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada :

Pengarah
Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Aras 2, Wisma Tani
Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62630 Putrajaya

MAKLUMAN : Temuduga akan diadakan pada bulan Disember 2010. Pemohon yang tidak
menerima sebarang jawapan sama ada berjaya atau tidak selepas 3 bulan dari tarikh tutup
permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada surat menyurat akan dibuat
mengenainya dan pemilihan adalah muktamad.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2010

%d bloggers like this: