jump to navigation

Tawaran Biasiswa Sukan Persekutuan sesi 2010 / 2011 2 August 2010

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
trackback

Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Ijazah di Institut Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan di dalam bidang-bidang yang tertera di bawah:

  • Sains Sukan
  • Kesihatan dan Kecergasan
  • Pengurusan Kesenggangan
  • Pengurusan Sukan dan Rekreasi
  • Pengajian Sukan
  • Fisioterapi
  • Pemakanan
  • Pendidikan Jasmani
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Pemulihan Anggota
  • Lain-lain bidang yang dipersetujui olah Kerajaan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih dari 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Atlet yang masih bergiat dalam bidang sukan (Pegawai dan Jurulatih tidak dipertimbangkan)
  • Pemohon mestilah pernah mewakili negara/negeri sekurang-kurangnya di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Sukan Malaysia (SUKMA) atau MASUM
  • Telah disahkan tempat di universiti/IPT Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Mestilah disahkan sihat dari segi mental dan fizikal

Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati melalui cara berikut:

  • Muat turun dari laman web www.kbs.gov.my
  • Jabatan Belia dan Sukan Negeri
  • Borang permohonan boleh didapati sendiri atau menghantar sampul surat beralamat sendiri berukuran 31cm x 23cm serta bersetem 50 sen dan dialamatkan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Menara KBS, No. 27, Persiaran Perdana,
Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 PUTRAJAYA
(u.p. Cawangan Pembangunan Sumber Manusia)

Borang permohonan yang lengkap berserta salinan dokumen akademik dan penglibatan sukan (pilih yang terbaik sahaja) yang telah disahkan hendaklah sampai ke alamat di atas sebelum atau pada 31 Ogos 2010.

%d bloggers like this: