jump to navigation

72 Graduan Malaysia Terima Ijazah Perubatan Daripada Universiti Russia 24 July 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Sejumlah 72 graduan perubatan dari Kursk State Medical University (KSMU), Russia hari ini menerima ijazah masing-masing pada satu majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Mereka menerima ijazah itu daripada Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz dengan disaksikan ibu bapa dan anggota keluarga mereka.

Sepanjang tempoh pengajian itu, pelajar berkenaan dikendalikan oleh agensi penempatan bagi siswazah Manggaram Sdn Bhd.

Dalam ucapannya, Maglin mengucapkan terima kasih kepada Manggaram yang telah menguruskan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di KSMU sejak 1999.

Beliau berkata sejak itu, KSMU telah mengeluarkan 316 lulusan perubatan dari Malaysia.

Russia, sejak beberapa tahun lepas, telah menjadi pilihan pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang peubatan kerana struktur yurannya yang lebih murah dan kompetitif.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: