jump to navigation

Program Kebolehpekerjaan Graduan 23 July 2010

Posted by admin in kerjaya.
trackback

Untuk meningkatkan kebolehpekerjaan dan kemahiran graduan lepasan diploma dan ijazah, Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan melaksanakan Program Kebolehpekerjaan Graduan. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kebolehpekerjaan dan kompetensi graduan bagi menyediakan mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi dan juga untuk membantu graduan yang sedang mencari pekerjaan dengan kemahiran khusus. Para pelatih diberi jaminan kerja setelah tamat menjalani latihan.

Objektif Program Kebolehpekerjaan Graduan ini adalah untuk melengkapkan, membangunkan dan membantu graduan:

· dengan kemahiran ICT yang diperlukan oleh Industri untuk memudahkan mereka mendapat pekerjaan.· dengan kompetensi tertentu yang akan membuatkan majikan mengambil mereka bekerja dengan segera.

· dengan kemahiran boleh dipindah milik yang menambahkan nilai kepada bakal majikan.
· dengan pengalaman pekerjaan yang relevan agar dapat meningkatkan kebolehpekerjaan mereka.
· dalam meneroka arah tuju / haluan baru untuk kerjaya mereka; dan
· dalam penempatan pekerjaan.

Graduan  yang berminat untuk menyertai program ini dijemput menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh    : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa     : 9:00 Pagi –1:00 Tengahari

Tempat  : Dewan SJK (C) Soo Jin, Kapar, Selangor

Tarikh    : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa     : 9:00 Pagi –1:00 Tengahari
Tempat  : Tower Regency Hotel & Appartments, Ipoh
6-8, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
Ipoh, Perak

Tempoh program ini adalah di antara 5 hingga 6 bulan dan mempunyai tiga komponen iaitu latihan dalam kelas, program sangkutan di premis majikan dan penempatan pekerjaan. Para pelatih akan diberi elaun sebanyak RM500 setiap bulan sepanjang kursus berlangsung.

Program sangkutan di premis majikan menyediakan persekitaran pembelajaran secara hands-on  yang memudahkan pelatih untuk menggunakan apa yang dipelajari di dalam kelas, di premis majikan semasa mereka menjalani program sangkutan.

Program ini akan dilaksanakan oleh Pembangunan Sumber Manusi Berhad dan adalah untuk graduan lepasan diploma atau ijazah yang ingin menyertai pekerjaan di dalam bidang ICT atau haluan kerjaya baru.

Program yang ditawarkan adalah di dalam kemahiran dan aplikasi yang berasaskan permintaan pasaran seperti berikut :

· Asp.Net Web Development
· Cisco Certified Network Associate (CCNA)
· J2EE Web Development
· Relational Database Design & Implementing Relational Database Design (SQL)
· Understanding Site Design Methodology And Management
· Object Oriented Analysis & Design (OOAD) Using UML
· Microsoft.Net
· Javascript Fundamentals & Developing Object Based Application in Java
· Programming in Enterprise Java (J2EE)
· PHP – MYSQL
· Web Designing & Publishing
· Information Technology
· Computer Graphic Design
· Autocad
· Photography & Digital Imaging
· Certificate in the Shipping Industry
· Certificate in the Logistics Industry
· Certificate in the Tourism Industry
· Certificate in the Warehousing Industry
· Management / Organisation Executive

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: Noor Azita Mamat, Eksekutif, Bahagian Geran Latihan, PSMB di Tel: (603) 2096 4824, email: noorazita@hrdf.com.my atau layari  laman web PSMB: www.hrdf.com.my

%d bloggers like this: