jump to navigation

Institut Teknologi Malaysia-Jepun Siap Dalam Tempoh Setahun 15 July 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun di sini akan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia mempelajari bidang kejuruteraan dan teknologi Jepun, kata Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie.

“Dalam jangka panjang, kita mahu institut ini dibangunkan sebagai institusi teknologi terulung di rantau ini, untuk melatih bukan sahaja rakyat Malaysia malah pelajar dari negara lain seperti Singapura dan Thailand,” katanya pada siri syarahan The Tun Mahathir – The BrandLaureate Lecture Series di sini pada Khamis.

Institut berkenaan yang dicadangkan oleh pemimpin kedua-dua negara ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Jepun pada April lalu, dijangka siap dalam tempoh setahun.

Horie berkata penubuhan institut berkenaan membuktikan polisi “Pandang ke Timur” yang dijelmakan sekitar 80-an masih relevan selain menunjukkan bahawa Malaysia serius membangunkan sumber manusianya.

“Hari ini Malaysia sudah menjadi sangat maju dan mengenai Wawasan 2020, saya yakin dalam tempoh 10 tahun lagi, Malaysia akan mencapainya,” katanya.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: