jump to navigation

Keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2009 12 July 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

Keputusan pengiktirafan institut pengajian tinggi (IPT) Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009 telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam. Taraf yang diberikan dalam SETARA adalah Tahap Terbilang, Tahap Cemerlang, Taraf Amat Baik dan Tahap Baik. Hasil penarafan SETARA ini akan digunakan sebagai petunjuk oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menetapkan dasar-dasar pendidikan tinggi yang bersesuaian.

SETARA Tahap Terbilang

Tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai tahap terbilang bagi 2009.

SETARA Tahap Cemerlang

7 institusi pengajian tinggi awam dan 11 institusi pengajian tinggi swasta.

Senarai IPTA yang menerima pengiktirafan SETARA Tahap Cemerlang;

  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknolog Mara.

Senarai IPTS yang menerima pengiktirafan SETARA Tahap Cemerlang;

  • Universiti Multimedia
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Universiti Teknologi Petronas
  • Sunway Universiti Kolej
  • Curtin Universiti Teknologi Kampus Sarawak
  • Monash Universiti Kampus Sunway
  • Taylor’s Universiti Kolej
  • International Medical University
  • Swinburne Universiti Teknologi Kampus Sarawak
  • Universiti Nottingham Kampus Malaysia
  • Management and Science Universiti.

SETARA Tahap Sangat Baik

25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 swasta dan 11 awam menduduki tahap sangat baik

SETARA Tahap Baik

4 kolej universiti swasta menduduki tahap baik

Kelebihan Tahap Cemerlang

IPT awam dan swasta yang mencapai tahap cemerlang boleh menerima tajaan kerajaan pelajar dalam dan luar negara. Mereka juga boleh memohon dan menerima jumlah geran penyelidikan yang disediakan oleh kerajaan dan layak untuk mendapatkan status universiti penyelidikan serta menambah bilangan program pelajar pra dan pasca siswazah.

Kelebihan lain bagi IPT swasta ialah diberi kelonggaran dan pengecualian dalam beberapa perkara antaranya daripada memohon permit mengajar dan dikecualikan daripada mendapat kelulusan daripada kementerian dalam menetapkan gaji pensyarah antarabangsa. Kadar yuran pengajian dikecualikan daripada mendapat kelulusan daripada kementerian dan diberi kelulusan mengambil pelajar antarabangsa secara automatik.

Sumber: ePutra.com

%d bloggers like this: