jump to navigation

Permohonan Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Dibuka 9 July 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) — Kementerian Pelajaran mempelawa semua sekolah dalam band satu untuk membuat permohonan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian Jumaat, pihak sekolah wajib mengisi borang pencalonan SBT yang boleh didapati menerusi portal NKRA-Pendidikan di http://www.moe.gov.my/nkra atau di http://apps.moe.gov.my/nkra.

Permohonan itu telah dibuka mulai 2 Julai dan tarikh tutup 12 tengah malam, 15 Julai.

Bagaimanapun permohonan itu terkecuali bagi sekolah SBT yang telah diiktiraf.
Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: