jump to navigation

Najib Seru Generasi Muda Manfaatkan Sepenuhnya Kemudahan Pendidikan Untuk Berjaya 31 July 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menggesa generasi muda negara ini supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan kerajaan untuk maju dalam pelajaran dan seterusnya mencapai cita-cita mereka.

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan mengatur bermacam-macam rancangan lain untuk memudahkan mereka mencapai matlamat dan impian masing-masing.
(more…)

Advertisements

Kerajaan Sasar 5 Juta Pekerja Mahir Dalam Tempoh Lima Tahun 29 July 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) — Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pekerja berkemahiran tinggi kepada lima juta orang dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata setakat ini, jumlah pekerja berkemahiran tinggi ialah kira-kira 3.1 juta daripada keseluruhan 12 juta pekerja di negara ini.
(more…)

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011 27 July 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/ 2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga  10 Oktober 2010.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia. (more…)

Dewan Negara: Senator Syor Pendidikan Islam Dan Moral Jadi Syarat Wajib Lulus SPM 26 July 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Seorang anggota Dewan Negara Isnin mengutarakan cadangan supaya matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan syarat wajib lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn berkata pengetahuan agama dan nilai murni adalah dua perkara penting yang diperlukan untuk meningkatkan kekuatan rohani di kalangan remaja. (more…)

Mudahkan Urusan Untuk Bolehkan Rakyat Berniaga, Kata Muhyiddin 25 July 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Pihak berkuasa tempatan diminta supaya membantu usaha memudahkan urusan bagi membolehkan rakyat yang ingin berniaga memperolehi peluang untuk berbuat demikian.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat gesaan itu berkata dalam usaha kerajaan membantu rakyat menambahkan pendapatan, karenah dan keengganan pihak berkenaan mengeluarkan lesen boleh merencatkan perancangan itu.
(more…)

TUS Masih Berbaki RM23 Juta, Siswazah Seluruh Negara Disaran Mohon Jadi Usahawan 24 July 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

KOTA BAHARU, 24 Julai (Bernama) — Siswazah di negara ini yang berminat memulakan perniagaan disaran memohon kepada Tabung Usahawan Siswazah (TUS) berikutan tabung itu kini masih mempunyai baki terkumpul berjumlah RM23 juta daripada keseluruhan peruntukan yang disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Penolong Pengarah Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Samsu Kadir berkata sejak 2000 hingga Mei tahun ini hanya seramai 1,347 jumlah permohonan diterima daripada siswazah yang berhasrat mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan. (more…)

72 Graduan Malaysia Terima Ijazah Perubatan Daripada Universiti Russia 24 July 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Sejumlah 72 graduan perubatan dari Kursk State Medical University (KSMU), Russia hari ini menerima ijazah masing-masing pada satu majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Mereka menerima ijazah itu daripada Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz dengan disaksikan ibu bapa dan anggota keluarga mereka. (more…)

Tambah Kaunselor Di IPTA Dan IPTS Atasi Masalah Sosial 24 July 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed

BANGI, 24 Julai (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengusulkan isu penambahan kaunselor di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengatasi masalah pembuangan bayi yang semakin kritikal.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bilangan pelajar di setiap universiti yang ramai adalah tidak seimbang dengan bilangan kaunselor yang dilantik di setiap universiti, jadi kita ingin minta kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mempertimbangkan isu tersebut. (more…)