jump to navigation

56-44 Peratus Agihan Biasiswa JPA Untuk Bumiputera/Bukan Bumiputera 16 June 2010

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
trackback

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengagihkan 2,850 biasiswa untuk pelajar ke luar negara tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.

Daripada jumlah itu, katanya, kira-kira 56 peratus daripada jumlah itu adalah untuk bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak manakala selebihnya adalah untuk bukan Bumiputera.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Mohamed Nazri berkata pengagihan biasiswa itu berdasarkan empat kategori iaitu merit, kaum, bumiputera Sabah dan Sarawak serta latar belakang sosial.

Bagi kategori merit, katanya, sebanyak 59 biasiswa (20 peratus) diagihkan kepada bumiputera manakala 241 biasiswa (80 peratus) untuk bukan Bumiputera.

Bagi kuota kaum, Bumiputera menerima 557 biasiswa berbanding 343 biasiswa kepada bukan bumiputera.

Sebanyak 150 biasiswa lagi diagihkan kepada bumiputera Sabah dan Sarawak manakala 1,500 biasiswa lagi mengikut latar belakang sosial penerima iaitu 843 untuk Bumiputera dan 657 untuk bukan bumiputera.

“Jika dilihat berdasarkan merit, golongan bumiputera hanya sedikit sahaja yang berjaya menerima tawaran biasiswa, jadi tahun depan pelajar bumiputera perlu lebih kuat belajarlah,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nazri berkata kerajaan akan mengurangkan secara berperingkat 1,500 biasiswa JPA bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: