jump to navigation

GiatMara lahirkan 4,205 usahawan 30 June 2010

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
comments closed

KUALA PILAH 29 Jun – Seramai 4,205 usahawan dalam pelbagai bidang berjaya dilahirkan oleh pusat GiatMara sejak ia ditubuhkan pada 1986.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, bimbingan secara khusus dalam pelbagai bidang menjadikan usahawan GiatMara disifatkan sebagai menjuarai pembentukan modal insan negara. (more…)

Advertisements

Universiti Swasta Digalak Tawar Pengajian Optometri, Audiologi Dan Psikologi Pertuturan 29 June 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

KUANTAN, 29 Jun (Bernama) — Universiti swasta digalak menawarkan pengajian dalam bidang optometri, audiologi dan psikologi pertuturan bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang berkenaan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pendidikan Tinggi) Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Dr Rujhan Mustaffa.

Beliau berkata negara kini hanya memiliki lebih kurang 1,100 pakar dalam ketiga-tiga bidang itu sedangkan keperluan sebenar adalah 6,000. (more…)

UiTM tawar pengajian percuma kepada pekerja tidak mampu 28 June 2010

Posted by admin in Akademik.
comments closed

SHAH ALAM 28 Jun – Golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM. (more…)

Universiti Tempatan Perlu Lahirkan Jurutera Berdaya Saing 28 June 2010

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
comments closed

MELAKA, 28 Jun (Bernama) — Universiti tempatan perlu menitikberatkan untuk melahirkan jurutera muda yang berdaya saing dan mampu diterima peringkat global.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata dalam melahirkan jurutera muda berkualiti, pihak universiti mesti memastikan kurikulum, kaedah pengajaran dan pendedahan yang diberi kepada bakal jurutera itu mesti mengikut aturan dan standard tertentu.
(more…)

Permodalan Nasional Berhad (PNB) Overseas Scholarship 2010 27 June 2010

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
comments closed

Permodalan Nasional Berhad (PNB) offers scholarships to Bumiputeras who obtain exceptional results in their SPM to pursue tertiary education at selected foreign universities in disciplines related to the business activity of PNB such as Finance & Investment, Accountancy, Economics, Law, Information Communication Technology and Engineering. (more…)

400,000 dilatih ganti pekerja asing 26 June 2010

Posted by admin in kerjaya.
comments closed
Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR PUTEH 25 Jun – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan merekrut anak-anak petani yang gagal meneruskan pelajaran untuk menceburi sektor perladangan menggantikan 400,000 pekerja asing sedia ada.

Timbalan menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya menganggarkan seramai 500,000 pekerja asing menguasai sektor perladangan negara dan jumlah itu dijangka mampu dikurangkan dalam tempoh 10 tahun. (more…)

10,000 tenaga mahir GiatMara 24 June 2010

Posted by admin in Akademik, kerjaya.
comments closed
Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 23 Jun – Pusat GiatMara menyasarkan 10,000 pekerja mahir dapat dilahirkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, bagi mencapai sasaran itu, sekurang-kurangnya 2,000 pelatih berkemahiran tinggi perlu dilahirkan setiap tahun oleh pusat tersebut mulai tahun depan. (more…)

Layak Terima Pinjaman Penuh PTPTN Jika Pendapatan Keluarga Bawah RM4,000 24 June 2010

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
comments closed

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pendapatan bulanan bersih keluarga mereka RM4,000 ke bawah layak mendapat pinjaman penuh iaitu meliputi yuran dan sara hidup dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kadar pendapatan bersih bulanan keluarga pelajar yang layak mendapat pinjaman penuh sebelum ini ialah RM3,000 ke bawah. (more…)