jump to navigation

Universiti Malaysia Pahang Guna Model Kurikulum Jerman 27 May 2010

Posted by admin in Akademik.
trackback

KUANTAN, 27 Mei (Bernama) — Universiti Malaysia Pahang (UMP) muncul sebagai institusi pengajian tinggi awam pertama di Malaysia yang bakal menawarkan kursus kejuruteraan di peringkat sarjana muda dengan menggunakan model kurikulum dari Jerman.

Untuk itu, satu perjanjian persefahaman ditandatangani hari ini antara UMP dan Hochscule Karlsruhe Technic Und Wirtschaft (HsKA) Karlsruhe, University of Applied Science.

Perjanjian itu ditandatangani Naib Canselor UMP Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Presiden HsKA Prof Dr Karl-Heinz Meisel. Ia disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perjanjian persefahaman itu dilihat amat signifikan dalam konteks pencapaian visi UMP untuk menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia.

Mohamed Khaled ketika bercakap kepada pemberita berkata Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa mengalu-alukan kerjasama sedemikian yang dilihat dapat memantapkan lagi pendidikan tinggi negara.

Sumber:  BERNAMA

%d bloggers like this: