jump to navigation

Biasiswa PIDM 2010 25 May 2010

Posted by admin in Biasiswa/Pinjaman.
trackback

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah badan berkanun yang melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit sekiranya berlaku kegagalan bank, serta menggalak dan menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan di Malaysia. Visi kami adalah untuk menjadi penginsurans deposit amalan terbaik.

Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat dan usaha kami dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, kami mempelawa semua pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk memohon Biasiswa PIDM dalam memenuhi hasrat kami untuk melahirkan bakal pemikir strategik dan pemimpin di masa hadapan.

LATAR BELAKANG
PIDM berhasrat untuk menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan berterusan terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan.

FALSAFAH
Program tersebut bertujuan untuk membantu dan menyokong pelajar yang memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka.

OBJEKTIF PROGRAM TERSEBUT
Objektif program tersebut adalah untuk:

  1. Menyediakan bantuan dan sokongan kepada pelajar Malaysia yang mencapai keputusan akademik cemerlang dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka dan berjaya dalam hidup; dan
  2. Menarik pelajar yang mahu mendaftar dalam program sarjana muda berkaitan dengan industri perkhidmatan kewangan.

SKOP PROGRAM BIASISWA
Skop Program Biasiswa ini termasuk:

  • Program Induksi
    Satu program induksi akan disediakan untuk semua penerima biasiswa PIDM. Ini bagi memastikan penerima memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.
  • Program Mentor dan Bimbingan
    Seorang “mentor” daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau pembangunan pembelajaran dan latihan seperti yang diperlukan. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang perlu dan dapat memanfaatkan pengalaman daripada pihak pengurusan kami.
  • Program Latihan Amali
    Sebagai sebahagian daripada reka bentuk strategik program tersebut, siswazah akan ditawarkan program latihan amali berbayar selama enam bulan di PIDM.

TERMA DAN SYARAT ASAS BAGI PENERIMAAN
Biasiswa itu akan ditawarkan setiap tahun kepada tidak lebih daripada lima pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian sarjana muda di dalam negara selama maksimum empat tahun.

Notis tawaran bagi biasiswa tersebut adalah terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang memerlukan pembiayaan bermula bagi pengambilan Julai 2010.

PRASYARAT
Senarai prasyarat termasuk:

  1. Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  2. Menyediakan esei bertulis 1,000 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris mengenai bidang pengajian yang dipilih dan aspirasi anda dalam menyumbang kepada landskap perkhidmatan kewangan dan kepada negara secara umumnya.
  3. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM.
  4. Penerima biasiswa tidak akan terikat dengan PIDM dan tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang diberikan.
  5. Penerima biasiswa akan diminta memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan minimum ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) 3.00 mata atau mendapat sekurang-kurangnya ‘Kelas Dua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

KELAYAKAN
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. seorang warganegara Malaysia;
  2. memiliki keputusan akademik yang baik dalam peperiksaan SPM/STPM atau yang setaraf dengan mendapat kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  3. berusia di bawah 25 tahun (pada 1 Januari 2010);
  4. seorang pelajar sepenuh masa;
  5. diterima untuk mengikuti salah satu kursus pengajian, yang disenaraikan di bawah, dan yang mendapat kelulusan dan akreditasi oleh ‘Lembaga Akreditasi Negara’ (LAN) di kolej dan/atau universiti awam atau swasta di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;
  6. tidak berkemampuan untuk menyertai kursus tersebut tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  7. tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain pada masa ini daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan; dan
  8. tidak ditamatkan atau tidak lagi menjadi layak untuk menerima sebarang biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan kerana tindakan disiplin terhadap pemohon.

PROSES PEMILIHAN
Pemohon akan disenarai pendek dan akan diminta untuk datang menghadiri temu duga.

Calon akan dinilai berdasarkan kepada berikut:

  1. pencapaian akademik;
  2. pencapaian kurikulum tambahan;
  3. kemahiran berkomunikasi;
  4. kematangan dan menunjukkan cici-ciri kepimpinan; dan
  5. akses kepada sokongan kewangan.

Proses pemilihan dengan timbangan peratusan seperti yang ditunjukkan akan melibatkan perkara-perkara berikut:

  1. Temu duga (50%)
  2. Penulisan esei (20%)
  3. Penilaian secara dalam talian yang akan meramal kecenderungan dan sifat-sifat tingkah laku khusus (30%)

BUTIR-BUTIR TERPERINCI BIASISWA
Terma biasiswa akan merangkumi berikut:

  1. Yuran kursus atau kos sebenar sehingga RM10,000 setahun atau yang mana lebih rendah
  2. Elaun bagi alat bantuan pembelajaran termasuk buku, komputer, alat tulis, dan perkakas lain sebanyak RM2,000 bagi satu semester atau RM4,000 setahun
  3. Elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan dan sehingga maksimum RM6,000 setahun

Secara ringkasnya, program itu akan merangkumi yuran-yuran di atas dan elaun sehingga maksimum  RM20,000 bagi seorang setahun.

Semasa tempoh latihan amali di PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak  RM1,000 bagi tempoh enam bulan.

SYARAT-SYARAT PENERUSAN BIASISWA
PIDM mungkin menamatkan biasiswa atau mana-mana bahagian biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa itu:

  1. tidak dapat meneruskan pengajian beliau, atas apa juga alasan;
  2. gagal mencapai minimum Purata Nilai Gred 2.5 mata dalam mana-mana semester atau PNGK 3.00 mata;
  3. gagal mengawal tingkah laku yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan dalam tempoh percubaan; atau
  4. melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.

APAKAH BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK UNTUK DIPOHON?

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Kewangan
  5. Perniagaan Antarabangsa
  6. Perbankan Islam
  7. Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  8. Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  9. Ekonomi
  10. Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  11. Statistik
  12. Sains Aktuari
  13. Undang-undang / Undang-undang Syariah
  14. Pembangunan Insan / Pembangunan Sumber Manusia
  15. Matematik (Aktuari)
  16. Pengurusan Risiko dan Insurans
  17. Insurans

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)

INSTITUSI PENJAJIAN TINGGI SWASTA

  1. Universiti Multimedia
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)

BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BORANG PERMOHONAN?

  1. Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan; atau
  2. Anda boleh menghantar emel kepada hc@pidm.gov.my dengan menyertakan nama penuh, alamat dan nombor telefon anda. Kami akan menghantar borang permohonan tersebut kepada anda menerusi emel.

KEMANA BORANG PERMOHONAN INI PATUT DIHANTAR?
Sila hantarkan borang permohonan yang telah dilengkapkan secara sendiri atau melalui pos berserta semua dokumen yang relevan untuk tiba kepada kami tidak lewat daripada 4 Jun 2010 kepada:

Pengurus Besar,
Bahagian Sumber Manusia (Program Biasiswa),
Level 19, 1 Sentral, Jalan Travers,
50470 Kuala Lumpur

atau
emelkan permohonan anda kepada
hc@pidm.gov.my Hanya pemohon yang telah disenarai pendek akan dimaklumkan.

%d bloggers like this: